Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat
selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan
Tentera.
Sistem ini adalah berdasarkan sistem Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong,
memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan
ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
Malaysia mengamal sistem parlimen dwidewan: Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Dewan Negara mempunyai 70 orang yang terpilih selama 3 tahun. Pemilihan
ahlinya boleh dibahagikan kepada dua: 26 ahli dipilih oleh Dewan
Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri. 44 ahli lagi dilantik oleh
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri,
termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli
masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli
mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar
sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang
jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Kuasa perundangan dibahagikan di antara kerajaan persekutuan dengan
kerajaan negeri. Ini ditentukan oleh parlimen. Undang-undang tertinggi
ialah Perlembagaan Malaysia
dan ia memerlukan majoriti dua pertiga untuk diubah. Walau
bagaimanapun, peratusan ahli pihak pemerintah sentiasa melebihi nisbah
ini. Undang-undang kedua ialah undang-undang syariah yang menumpukan pada orang Islam di Malaysia. Sultan merupakan ketua agama Islam
dan kuasa ini tertakluk kepada baginda kerajaan negeri. tidak
memeranjatkan, undang-undang syariah ini agak berbeza mengikut negeri.
Sistem legaliti Malaysia
berasaskan undang-undang British. Walau bagaimanapun, kebanyakan
daripada undang-undang dan konstitusi telah diambil dari undang-undang
India. Mahkamah Persekutuan mengkaji kembali keputusan yang rujuk
daripada Mahkamah Rayuan; ia mempunyai jurisdiksi asal dalam hal-hal
konstitusi dan dalam perselisihan di antara negeri-negeri atau di antara
kerajaan persekutuan dan sesuatu negeri. Semenanjung Malaysia, Sabah
dan Sarawak setiap satunya mempunyah mahkamah tinggi. Kerajaan
Persekutuan mempunyai autoriti terhadap hal-hal luar negara, pertahanan,
keselamatan dalam negeri, keadilan (kecuali kes-kes undang-undang sivil
di kalangan orang Melayu dan orang-orang Muslims yang lain dan juga
orang-orang asli, yang diletakkan di bawah undang-undang Islam dan tra
tradisi), warganegara persekutuan, kewangan, perdagangan, industri,
komunikasi, pengangkutan, dan hal-hal lain.
via http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik_Malaysia